Monday, December 15, 2008

PERKEMBANGAN BAHASA

Bahasa merupakan satu-satunya alat komunikasi manusia. Alat komunikasi dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh setiap manusia sejak peringkat awal kehidupan lagi.

Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar.

Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan.

Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses pengajaran (Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).

No comments: