Pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi teori konstruktivis. Pembelajaran kemahiran yang diperolehi menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak adalah mengikut inisiatif dan minat kanak-kanak. Kanak-kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman.
Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), pendekatan ini ditentukan oleh guru atau inisiatif murid. Penyelidikan yang mendalam berfokuskan topik yang dipilih bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh murid-murid. Hala tuju pembelajaran mengikut minat murid dan guru adalah sebagai pemudah cara ataupun pembimbing.
Pendekatan projek boleh dijalankan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam. Perincian sesuatu perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan topik. Guru boleh memberhentikan aktiviti pembelajaran dan menyambung semula pada waktu pembelajaran akan datang. Aktiviti projek untuk jangka masa panjang melibatkan sesuatu rancangan jangka panjang. Guru sebagai pemudah cara membantu murid untuk memberi pandangan sama ada sesuatu perancangan pada projek perlu memakan masa yang panjang atau pendek.
No comments:
Post a Comment