Tuesday, December 16, 2008

Kod Etika Profesion Perguruan

1.

Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2.

Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3.

Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4.

Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

5.

Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6.

Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7.

Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8.

Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9.

Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

10.

Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11.

Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12.

Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13.

Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14.

Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15.

Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

16.

Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17.

Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18.

Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19.

Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20.

Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21.

Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22.

Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

No comments: