Monday, December 15, 2008

PERKAITAN PERKEMBANGAN BAHASA DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Piaget, perkembangan bahasa dan kanak-kanak sentiasa berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Kanak-kanak mula belajar bercakap dalam lingkungan umur dua tahun iaitu penghujung tahap deria motor. Dari umur dua tahun hingga tujuh tahun, kanak-kanak memasuki tahap pemikiran praoperasi. Dalam lingkungan umur empat tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dengan petahnya dan boleh membentuk ayat, menggunakan tatabahasa yang betul dan boleh memahami percakapan orang lain. Mulai umur empat tahun ke atas perkembangan bahasa kanak-kanak menjadi lebih pesat.

Piaget juga menjelaskan kanak-kanak membina struktur pemikiran mereka dengan sendiri; bukan hanya daripada persekitaran sahaja.

Tahap Deria Motor (0 – 2 tahun)

· Kanak-kanak boleh memahami melalui deria.

· Tidak ada konsep kewujudan, contohnya mereka tidak berusaha mencari benda yang tidak dapat dilihat.

· Intelek yang sangat cepat tetapi keupayaan mental terhad kepada objek yang dapat dilihat.

Tahap Praoperasi (2 -7 tahun)

· Kanak-kanak mula memahami konsep konkrit.

· Mereka bersifat egosentrik, iaitu suka bermain dan sambil bermain bercakap seorang diri.

· Kanak-kanak pada tahap ini kurang berminat berinteraksi dengan orang lain.

· Tidak boleh berfikir secara abstrak.

· Kanak-kanak tidak boleh melakukan proses pengekalan.

· Belum ada proses pemikiran transformasi dan logik.

No comments: