Tuesday, December 16, 2008

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di dalam dan di luar Negara.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Pelbagai perkataan atau frasa digunakan untuk merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaannya.

Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.

Kostelnik dan rakan-rakan 1993:

· ‘Early childhood’ meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.

· Program tersebut dikendalikan oleh pelbagai institut di tempat berbeza

· Kini kebanyakan kanak-kanak terlibat dengan PAKK kerana kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan dan peningkatan jumlah ibu bekerja.

Istilah prasekolah atau tadika digunakan dengan meluas di Malaysia bagi merujuk PAKK.

No comments: