Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.
Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
Jenis pendekatan deduktif
(a) Untuk penyelesaian masalah
Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan “ber”.
(b) Untuk membuat generalisasi baru
Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.
(c) Untuk membukti hipotesis
Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga.
Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif
- Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.
- Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
- Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.
- Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.
- Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.
- Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
2 comments:
ade x info psl perbezaan induktif n deduktif?
kompius sgt2 induk dgn deduk ni...hurmm...
Post a Comment