Tuesday, December 16, 2008

Makanan dan Amalan Pemakanan

Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Menurut pakar pemakanan, makanan ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan.

Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan, dan pengkajian tentang makanan tersebut.

Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup. Makanan yang dimakan setiap hari membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat penting untuk kanak-kanak agar dapat membekalkan tenaga dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan untuk aktiviti sehariannya.

Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian. Enam makanan berzat atau nutrien diperlukan untuk pertumbuhan, membaiki dan mengawal badan. Perseimbangan makanan berzat mengandungi beberapa pilihan makanan dari setiap keempat-empat kumpulan makanan. Ia adalah;

  • Roti, bijirin, nasi, dan kumpulan pasta,
  • Sayur dan kumpulan buah-buahan,
  • Susu, dadih, dan kumpulan keju. Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering, dan kumpulan kacang.
  • Lemak, minyak, dan manisan.

No comments: