Sunday, December 14, 2008

PENDEKATAN TUNGGAL

Pendekatan tunggal atau satu konsep menekankan pada satu konsep kemahiran sahaja. Kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak terbatas kepada satu konsep kemahiran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi oleh teori behavioris. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), pendekatan ini lebih berpusatkan kepada guru iaitu lebih banyak member arahan dan menentukan aktiviti dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru juga menentukan kemahiran atau konsep yang perlu dikuasai oleh murid. Biasanya hanya satu konsep atau pun kemahiran yang ditekankan oleh guru dalam pengajarannya. Skop pengajaran dan aktiviti tidak luas hanya berkisar kepada konsep dan kemahiran yang hendak dikuasai oleh kanak-kanak.

Konsep atau kemahiran yang ditekankan oleh pendekatan ini lebih kepada asas kemahiran untuk dikuasai.

No comments: