Sunday, December 21, 2008

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

(i) Dapur

  • Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat
  • Pasang penghadang keselamatan pada pintu dapur
  • Lap semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai

(ii) Ruang belajar

  • Susun perabot jauh dari tingkap
  • Pilih perabot yang selamat seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca

(iii) Bilik air

  • Pastikan lantai bilik air bersih dan tidak licin
  • Tutup bekas takungan air atau kolah mandi
  • Awasi kanak-kanak semasa berada di bilik air

(iv) Kawasan permainan

  • Ketinggian alat-alat permainan tidak melebihi 2.8 meter
  • Kedudukan alat-alat permainan mesti tidak kurang dari 4.2 meter di antara satu dengan yang lain
  • Pastikan tiada benda tajam yang menonjol
  • Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan
  • Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik

Tuesday, December 16, 2008

PERBANDINGAN PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua peringkat bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan intensif. Jadual di atas menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Jika kita lihat dari segi konsep, kedua-dua jenis bacaan mempunyai perbezaan di mana pembacaan secara mekanis menumpukan kepada bacaan untuk menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, intonasi dan irama yang betul manakala bacaaan secara intensif merujuk kepada bacaan bagi memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat. Bacaan secara mekanis lebih kepada bacaan yang berbentuk bacaan permulaan manakala bacaan intensif merujuk kepada peringkat selepas asas pembacaan telah kukuh.

Perbezaan yang kedua yang wujud ialah dari segi tujuannya. Di dalam jadual menunjukkan bahawa tujuan utama bacaan mekanis adalah untuk membaca dengan cekap dan pantas manakala bacaan intensif adalah untuk membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat. Dalam hal ini kita lihat kemahiran yang terlibat berbeza antara satu sama lain dan tujuan kemahiran dibentuk juga mempunyai motif yang berlainan.

Perbezaan yang ketiga iaitu perbezaan dari segi peringkat kemahiran. Bacaan mekanis menunjukkan bahawa peringkat bacaan baginya adalah di peringkat yang rendah, peringkat asas atau peringkat permulaan manakala peringkat intensif merujuk kepada peringkat yang lebih mendalam lagi kerana lebih kepada menganalisis, mentafsir dan membuat rumusan ayat itu, sama ada berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam ayat tersebut. Hal ini sudah menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud adalah disebabkan oleh tahap kemahiran bacaan di mana kemahiran mekanis lebih kepada tahap pertama manakala kemahiran intensif lebih kepada tahap yang kedua atau ketiga.

Keempat, perbezaan dari segi cara pembacaan. Pembacaan mentalis merujuk kepada pembacaan terang atau jelas mengikut irama dan yang selaras dengan penggunaan bahasa. Bagi pembacaan intensif pula pembacaan pula ia dilakukan secara senyap dan ditambah dengan analisis dan membuat rumusan.

Kelima, perbezaan yang wujud pada peringkat membaca ialah dari segi kefahaman ayat. Bagi pembacaan mentalis pembacaan hanya tertumpu kepada cara menyebut sahaja akan tetapi bagi pembacaan intensif memberikan kefahaman yang tinggi.

Keenam, perbezaan daripada bimbingan guru. Jika kita lihat dalam jadual di atas menunjukkan bahawa peringkat mentalis lebih memerlukan guru berbanding dengan peringkat intensif. Hal ini demikian kerana pada peringkat mentalis, guru haruslah melibatkan diri sepenuhnya dalam porses membaca kerana ia boleh membetulkan apa yang salah dan membetulkan apa yang betul supaya murid-murid tidak tersalah menyebut dan sebutan ini dibuat mengikut sebutan yang betul. Hal ini berbeza dengan peringkat intensif di mana pada peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘semi-bimbingan’ di mana bimbingan guru kurang diberikan kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan membaca secara berdikari.

Kesimpulannya perbezaan yang ketara yang ditunjukkan di dalam jadual dari segi konsep, tujuan, cara membaca, tahap kefahaman adalah disebabkan oleh peringkat ataupun tahap yang diperlukan dan ianya merupakan satu latih tubi mengikut kesesuaian umur kanak-kanak.

BACAAN INTENSIF (MENDALAM)

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan.

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.


Konsep

(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.

(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.

(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.


Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.

(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.


Aktiviti bacaan intensif

(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.

(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.

(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya.

(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.

(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.