Friday, March 6, 2009

Bilik Darjah Prasekolah

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

  •        Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
  •         Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.
  •         Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.
  •         Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk, warna dan sebagainya.

Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah;

  •         Pusat bahasa,
  •         Pusat manipulatif,
  •         Pusat drama atau main masak-masak.
  •         Pusat seni dan kraf,
  •         Pusat kognitif (sains dan matematik),
  •         Pusat teknologi,
  •         Pusat kerohanian dan moral, dan
  •         Pusat perbualan awal.

Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru menyediakan pusat-pusat yang penting sahaja.

1 comment:

Eric said...

Assignments? grrrr!!!